Saturday, 19 November 2011

bas sekolah paling selamat di dunia..!~

Tiba-tiba aku terfikir, aku rasa, bas sekolah je paling selamat di dunia, orang di dalamnya tidak semestinya kan? Paling tidak, jika kita berfikir sikit, jika kita selamat di dunia, selamatkah kita nanti di akhirat kelak dengan amal ibadah kita yang tak seberapa? Satu lagi, sampai bila kita akan selamat di dunia ini kerana setiap yang hidup pasti akan mati, dan setiap yang mati, pasti akan bertemu kembali dengan Penciptanya. Betul juga kan, dahulu ramai orang mati kerana peperangan atau kerana wabak penyakit. Katakan, zaman dahulu, 6000 orang mati setiap tahun di Malaysia kerana dua perkara tersebut. Tetapi kini dengan kemajuan teknologi dan keamanan kini, kadar kematian disebabkan oleh dua perkara tersebut berkurangan. Pertambahan bilangan kenderaan pula sangat mendadak dan mengambil alih tempat sebab utama kematian di Malaysia. Kesimpulannya di sini, semua orang akan mati, cuma sebab kematian sahaja berubah. Paham tak?


walau apapon..
korunk rse pelik x dgn bas nih..?
menarik kan..?
sangat kreatif..
:)


No comments:

Post a Comment