Pemenang sudah diputuskan, keputusan sudah diberikan. Kumpulan K-Pop 2NE1 berjaya dinobatkan anugerah ‘MTV Iggy’s Best New Band In The World’ mengalahkan 4 lagi pesaing lain dari seluruh dunia!
Kepada fans-fans 2NE1 atau juga dikenali dengan panggilan ‘Blackjack’, anda boleh bersorak gembira kerana kumpulan K-Pop pujaan anda telah berjaya memenangi anugerah ini!
Kumpulan yang dianggotai oleh 4 gadis jelita dan lincah ini benar-benar telah mengejutkan seluruh dunia apabila membuktikan kehebatan dan kekuatan lagu mereka mampu merangkul anugerah berprestij ini. Kumpulan yang dianggotai oleh Bom, Dara, CL, dan Minzy pertama kali membuat kemunculan pada tahun 2009 melalui single pertama mereka, ‘Fire’.
Anugerah ini ditentukan kemenangannya melalui undian peminat dari seluruh dunia selama 6 minggu dan respon yang diberikan sangatlah tinggi. Antara 5 finalis yang berjaya mara ke peringkat akhir termasuklah La Vida Bohème (Venezuela), Atif Aslam (Pakistan), Yuna (Malaysian), dan Skrillex (USA).
P/s: Masih berfikir. Sedangkan anugerah berprestij seperti ini meletakkan Yuna sebagai rakyat Malaysia. Hairan bila ada anugerah industri hiburan tanah air menganggap Yuna tidak layak untuk bertanding. Hairan...
:)
No comments:
Post a Comment